Wednesday, July 29, 2015

Urkkkk!!! Jannah sembelit!

"Mama, kenapa dengan Jannah tu Mama?" tanya Irfaan.

Saya menoleh sekilas ke aras Jannah yg sedang cuba utk poo poo (Jannah masih pakai diaper, walau umur dia sudah 3 tahun) lalu menjawab pertanyaan Irfaan,

"Jannah nak 'yak' la Irfaan," balas saya sambil rasa belas terhadap Jannah.

Sejak dulu lagi anak saya, Jannah, bila nak poo poo,mesti dia akan menangis. Kesian sangat. Jannah ada masalah sembelit. Kadang-kadang sampai berjam-jam mukanya berkerut-kerut cuba meneran sambil merengek menangis, akhirnya tertidur dlm kesakitan tak dapat poo poo. Tersentuh hati saya sebagai seorang ibu. Saya bahkan pernah ke klinik utk cuba ikhtiar mencari penyelesaian masalah sembelit Jannah ini. Uiiii kemain mahal susu yg dicadangkan doktor. Tapi, demi anak, duit tinggal berapa kerat pun, saya beli juga utk kebaikan dan kesihatan anak.

Asalkan Jannah tak sakit lagi dah, fikir saya.

Tapi hampa. Susu mahal biiznillah tetap tak berkesan utk Jannah.

Jannah masih kecil waktu ini. Tepi sekali, adik saya Yana, pemilik blog Sarah Al-Haura'. Waktu ni dia masih belum kahwin.

Inilah Meal Shake dari Shaklee yg biiznillah berkesan
mengatasi masalah sembelit Jannah
dan biiznillah membuatkan Jannah poo poo setiap hari sekarang.



Setelah saya cuba ikhtiar dgn Meal Shake dari Shaklee, biiznillah berkesan alhamdulillah. Sekarang ni Jannah sudah tidak mengalami masalah sembelit lagi. Kisah Jannah ini ada saya kongsikan di FB saya di sini dan sini

"...Ballighu 'anni walau aayah..." [HR Sahih Bukhari]
...sampaikanlah dariku (Rasulullah) walau 1 ayat...

Ini yg menjadi inspirasi saya utk terus berkongsi manfaat atau ibrah (pengajaran) yg saya dapat dari hidup ini, kepada anda semua.



First posting

Alhamdulillah, sangat bersyukur pada Allah. Ini adalah posting pertama saya. Saya rasa mungkin lebih selesa utk bercerita hal peribadi di sini dengan lebih detail, berbanding, ya, berbanding FB.

Moga Allah rahmati keputusan-keputusan yg kita ambil, setelah kita bertanyakan Dia, aamiin yaMujib.