Sunday, September 6, 2015

Irfan Disleksia?

Cikgu Irfan bagitau Ifran malas!
Cikgu Irfan bagitau Irfan tak nak tolong diri sendiri untuk belajar !
Cikgu Irfan bagitau Irfan tak suka berkawan dengan kawan2!
Cikgu Irfan bagitau maybe Irfan disleksia..

Hmmm....sy telan sume tu tapi tak percaye sepenuhnye dan sy juga tidak pula tak percaye..

1) Sy sedar anak sy memang agak malas nak belajar tapi kalau kite pujuk baik2, die akan nak belajar..
Lumrah lah...itu memang norma budak...suka dipujuk..

Tp cikgunye beritahu sy, takkan lah die nak peluk Irfan....

Hai lah cikgu...Irfan tu bulan 10 ni baru nak masuk 5 tahun...bukan 15 tahun!

------------------------------------------------------------------------------------------------

2) Sy tak rasa Irfan yang kecik tu boleh dan mampu utk tolong diri die sendiri utk belajar.. Dia bukan budak yg mumaiz!

Die masih perlu dan lebih memerlukan bantuan orang lain utk die belajar dan berjaya..
Die perlukan semangat, dorongan, pujukan dan kata-kata yang lembut..
Bukannye pukulan, herdikan, perli...dimarah..

Sebab tu setiap hari, Irfan akan cakap tak seronok g sekolah, mama...

-------------------------------------------------------------------------------------------------


3) Sy rase maybe Irfan tak nak berkawan dengan SEGELINTIR kawannye sahaja.. sebab ada antara kawannya suka membuli die...

Irfan ada bagitau sy yg "Ayish cakap nak belasah Irfan"

Ada sekali tu, sy perasan butang baju Irfan terserpih dan tercabut. Bila ditanye, dia akan cakap " Ayish buat"

Sy percaya? Ye..sy memang percaya sebab sy sendiri dah pernah bertemu dgn budak tersebut dan die ternyata agak agresif budaknye..

Tp...sy dan suami sering bawa Irfan ke playground. Irfan selalu cari kawan utk bermain! Die takkan sesekali mengasingkan diri, mcm yg cikgunye bagitau sy!


--------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Sy call Pusat Disleksia Malaysia cawangan Shah Alam. Penaungnye Pn Muliati tak silap sy bagitau ujian disleksia hanya akan diberikan pada budak yang umurnya 56 bulan. Jikalau Irfan hendak diberikan ujian tersebut, katanye, amatlah tidak adil!! Kerana katanya memang norma budak umur 2 hingga 5 tahun bersikap ingin bermain dan malas terutamanya budak lelaki..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sy ambik keputusan untuk memberhentikan Irfan dari taska tersebut.

Sy dapat merasakan cikgunya  dah giveup untuk mengajar Irfan..

Walaupun Irfan lemah dalam mengingati nombor dan abjad, tp sy bersyukur Irfan rajin baca zikir yang dipelajari di taskanya.. Sambil die main, die akan zikir. Sambil die menunggu makanan, dia akan berzikir...

Irfan juga cepat ingat surah2 yang selalu diperdengarkan di sekolah..
Walaupun pelat, tapi bunyinye ada...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap anak ada kelebihan dan kelemahan masing2... Kite juga begitu... Saya hanya inginkan Irfan hepy.. Sebab tu sy tukarkan sekolah Ifran.. Die pun dah tak sabar nak ke sekolah baru...

Irfan yang sy sayangi