Ahad yang lepas, jerebu memang teruk. Isnin dan Selasa pula, tak jerebu tapi Kementerian bagi cuti !! Yeayyy!!! Haha...Saya dan suami sama-sama cikgu sekolah menengah. Makanya, kami hepy. Tapi the same time risau juga sebab sillibus sains sy tak habis !! Adoiii...
So cuti hari Isnin sy dan suami beli kipas siling utk bilik kami yg dah berbulan rosak ! Hanya bergantung pada aircond je !! Bil elektrik, haha....sampai Rm200 untuk 4 bulan ni. Tak sanggup den...Kipas Pensonic kami beli Rm130. Upah pasang Rm35. Awal tahun hari tu Rm30 je. Dah naik harga !!
Pastu kami ke Gamuda Walk di Kota Kemuming. Baru buka shopping mall tu. SayĆ ke DIY. Saya beli cover mangkuk tandas. Dah lama nak beli. Tak suka tengok cover mangkuk tandas kat bilik air kiteorang yang susah nak hilang kotorannya !! Murah je pun. Rm 16 je. Balik rumah, saya terus pasang. Tak tunggu suami, hehe..
Selasa pula (semalam), saya teman suami tengok motor di Putrajaya. Suami nak beli motor skuter SYM. Haha betol kot namanya. Motor tahun 2013, owner nak jual harga 7k. Tapi after nego, dia bagi Rm6.5 k. Tapi body ada calar side kanan. Sebab accident. Nak kene cat la nanti. Owner minta deposit 1k. Tapi saya tak bagi. Saya bagitau owner suami akan bagi Rm500 je. Lagipun suami saya memang confirm nak beli.
Hmmm....hari ni suami nak tukar nama dengan owner tu. Moga-moga urusan mereka dipermudahkan.




No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen Tuan/Cik Puan. Saya sgt hargai. Moga ada manfaatnya utk kita semua dan diredhai Allah, aamiin.