Wednesday, October 14, 2015

Redha

Apa itu redha? Bila kita tahu yg kita redha dgn sesuatu perkara?



Pada pendapat sy (mengikut pengalaman sy), redha tu bila kita 'dah tak kisah kalau ianya berlaku'.

Betul ke?




Contohnya macam ni, suami sy jenis fokus pada sesuatu perkara. Kalau die tengah main game COC kat hp, kalau sy panggil 3x pun dia tak toleh. Tak dengar mungkin. Saya kena datang pada die, pegang bahu dia, baru die perasan. Saya pula marah sebab kite panggil, die tak menyahut. Haa...itu tandanya sy tak redha lagi dengan keadaan tu !!

Ok, contoh yg saya dah redha (mudah-mudahan, berkekalan) ialah, anak-anak sy jenis suka main-main dan sepah-sepah barang. Sepah-sepah buku. Main tanah liat yg paling leceh. Sebabnya sepah satu hall dengan tanah liat. Memang kene menyapu dan mengemop. Dulu sy marah dan asyik mengemas je, tak habis lagi dieorang main, saya dah sibuk nak berkemas. Tapi sekarang, sy dah malas nak buat macam tu. Saya tunggu anak-anak habis main, baru sy kemas, sapu dan mop. Maybe itu redha.

Itu pendapat sy.



Basic H Clean sangat membantu sy mengemop lantai. Tak habis-habis lagi tau sy punye yang dulu!! Ia nya sangat pekat !! Letak sikit sangat tp masyaAllah, kotoran memang senang nak hilang kalau guna Basic H ni !! Murah sangat. Rm50 untuk penggunaan SETAHUN !!



Nak beli dengan sy? U are most welcomed !! Feel free to whatsapp
Aida 0183724414

Mimpi

Malam semalam sy mimpi best sgt  !!
Mimpi berkahwin semula dgn suami sy !!
Waaa....dan kami ada perasaan malu-malu dan saling teruja antara satu sama lain !! Haha...best kan..

Sy dan suami semasa usia perkahwinan kami 3 tahun. Hihi. 

Dalam mimpi tu, suami sy asyik mengintai sy sahaja. Kawan sy yg perasan. Perasaan sy mase tu macam perasaan sy masa mula-mula bercinta dengan suami sy dulu. Indah sangat bila kita diperhatikan oleh orang yg kita cintai kan. Hahaha...

Malam selepas perkahwinan kami, kami keluar ke Danga Bay. Bahagia sangat masa ni


Hmmm...sy rasa, ni first time sy mimpi macam ni, sepanjang 6 tahun kami berkahwin..


Nak order product Shaklee? Jom order Omega Guard. Tengah ada sale ni !! Retail price Rm148 but promosi price Rm123 only. Sape2 yg ahli, beritahu ye. Harganya lebih murah !! Untung kan jadi ahli !!

Feel free to contac me

Aida 0183724414
Fb : Nuraidah Masri

Sunday, October 11, 2015

Perbezaan makan Vitamin C dengan tak makan

Hari tu, sy ada bagitau nak share perbezaan sy guna produk kecantikan dengan consume Vitamin C Shaklee kan..

Cerita sebelum sy consume Vitamim C Shaklee..

Ok..saya ni cuma guna cream muka Almas, night cream ape ntah, lupe (tapi jenis yang kalau sy guna, muka saya cerah. Kalau tak guna, muka sy kusam), n sy guna pencuci muka Almas. Sy jenis tak pakai bedak.

Nak cantik kene makan buah limau hari-hari. Kalau rasa tak boleh, elok consume Vitamin C




Setiap hari, begitulah. Kalau sy tak pakai night cream, memang muka sy jadi kusam !! Ntah bahan kimia ape lah diletakkan dlm night cream tu kan.. Huhu...Stress betul...



Cerita selepas sy consume Vitamim C Shaklee..

Kebetulan, cream malam sy habis. So sy pun tak gune lah night cream tu. Saya perasan, kulit sy tak makin kusam, tak makin gelap. Tapi still cerah !! So, terbukti Vitamin C dah ubah kulit sy bertambah baik, bertambah cerah tanpa tergugat jika tak pakai bahan kimia pencerah wajah !!



Kawan sy pula tegur kulit sy looks fairer n glowing  !! Anak murid sy pulak, selalu cakap cikgu punye kulit cantik. Suami sy sorang je tak cakap kulit muka sy makin cantik !! Haha....

Ada duit lebih, sy nak beli night cream Nutriwhite la !! Tak de bahan kimia yg berbahaya langsung !!



Jom kita jadi cantik semula jadi jom !!
Aida 0183824414

Wednesday, October 7, 2015

Turun lagi berat badan den?

Haha....sakan sy hepy petang ni.. Sy ingatkan berat badan sy naik, gara-gara cuti panjang (Sabtu hingga Selasa). Sy turun 0.5 kg !! Now, 51.5 kg. Sebelum Sabtu hari tu, 52 kg. Sebelum puasa pula, 56kg !!


Sy tak ke gym pun. Senaman sy adalah di rumah, uruskan rumah dan anak-anak kecik sy !! Penat tau.... Biskut, makanan sepah-sepah la, air tumpah, susu tumpah, umar kencing kat toto la. Mengemas, menyapu saja kerja sy ni...



The same time, sy makan set kurus Shaklee !!



Tapi...sume tu dengqn izin Allah jua.. Jangan lah cakap sebab Shaklee, aku kurus. Confirm, mesti tiba-tiba nanti tak kurus !!

Sesiapa nak cuba kurus tanpa perlu berpantang makan bagai, jom pm atau whatsapp sy. Sy akan consult cara makan dan sebagainya. Sy bagi special price !! My price !!





Aida
0183724414

Tuesday, October 6, 2015

Cuti jerebu

Ahad yang lepas, jerebu memang teruk. Isnin dan Selasa pula, tak jerebu tapi Kementerian bagi cuti !! Yeayyy!!! Haha...Saya dan suami sama-sama cikgu sekolah menengah. Makanya, kami hepy. Tapi the same time risau juga sebab sillibus sains sy tak habis !! Adoiii...

So cuti hari Isnin sy dan suami beli kipas siling utk bilik kami yg dah berbulan rosak ! Hanya bergantung pada aircond je !! Bil elektrik, haha....sampai Rm200 untuk 4 bulan ni. Tak sanggup den...Kipas Pensonic kami beli Rm130. Upah pasang Rm35. Awal tahun hari tu Rm30 je. Dah naik harga !!



Pastu kami ke Gamuda Walk di Kota Kemuming. Baru buka shopping mall tu. Sayà ke DIY. Saya beli cover mangkuk tandas. Dah lama nak beli. Tak suka tengok cover mangkuk tandas kat bilik air kiteorang yang susah nak hilang kotorannya !! Murah je pun. Rm 16 je. Balik rumah, saya terus pasang. Tak tunggu suami, hehe..





Selasa pula (semalam), saya teman suami tengok motor di Putrajaya. Suami nak beli motor skuter SYM. Haha betol kot namanya. Motor tahun 2013, owner nak jual harga 7k. Tapi after nego, dia bagi Rm6.5 k. Tapi body ada calar side kanan. Sebab accident. Nak kene cat la nanti. Owner minta deposit 1k. Tapi saya tak bagi. Saya bagitau owner suami akan bagi Rm500 je. Lagipun suami saya memang confirm nak beli.



Hmmm....hari ni suami nak tukar nama dengan owner tu. Moga-moga urusan mereka dipermudahkan.

Kulit glowing dengan izin Allah

Mudah tak nak dapat kulit glowing?

Sy yakin, dengan lambakan pelbagai produk kecantikan di pasaran sekarang, kite boleh dapatkan kulit yg cerah dan putih melepak dengan senang sangat ! Betul kan?...

Tapi....adakah ianya SIHAT? Adakah bahan yang digunakan memberi kesan kepada tubuh badan kita pada masa akan datang? 10 atau 20 tahun lagi...

Sy perasan, sesiapa yang menggunakan produk kecantikan yang memutihkan kulit dalam masa seminggu, kulitnya akan putih, tapi putih yang jenis macam anak patung !! Kulit mukanya seolah-olah nampak tegang sangat !

Berbanding dengan orang yang menjaga kulit wajahnya dengan pengambilan Vitamin C, Vitamin E dan protein dalam kehidupan hariannya, wajahnya lebih nampak lebih berseri-seri, lebih moist (lembap) dan tidak nampak macam anak patung !!

Rakan adik ipar saya memberitahu bahawa setelah dia memakan G**ta***, dia seolah-olah susah nak bernafas. Rakan saya pula ada memberitahu bahawa doktor kulit melabelkan produk kecantikan Ta**** adalah tidak selamat. Ibu rakan saya yang bekerja di makmal kesihatan memberitahu bahawa produk kecantikan N* mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Ada bahan semulajadi yang Allah dah beri untuk kita cantikkan kulit. Tapi kita lebih suka nampak kesan yang cepat kan...Tanpa hiraukan kesihatan kita...Insaflah....kesihatan kita juga penting...Kalau cantik tapi sakit kanser, apa gunanya?

Vitamin C, Vitamin E dan pengambilan protein adalah cara yang paling selamat untuk mendapatkan kulit yang canttik, sihat dan berseri-seri !!



Amalkan dalam masa 3 bulan sahaja secara konsistan dengan pengambilan air yang cukup, insyaAllah, kulit anda:

1. Lebih berseri-seri
2. Hilang bekas parut
3. Hilang bekas jerawat
4. Hilang jeragat
5. Tiada lagi bintik-bintik



Bukan kulit wajah sahaja tau....Kulit badan sekali akan sihat !! Ianya menyeluruh !!

Saya dah amalkannya dan alhamdulillah... kUlit wajah sy dah tak kelihatan kusam lagi...

Sy akan ceritakan pengalaman sy menggunakan produk kecantikan yang ada banyak bahan kimia dan menggunakan Vitamin C nanti ye.

Nak order Vitamin C dan E?
Vitamin E tengah ada offer sekarang. 50% off !! Harga asal Rm158. Sekarang hanya Rm79 je !! Cepat ! Cepat ! Hanya sehingga akhir bulan Oktober ni je !! Sebabnya, Shaklee nak habiskan stok die.

Pm atau whatsapp sy
Aida 0183724414
Fb Nuraidah Masri

Semuanya dengan IZIN Allah !!

Pengajaran Allah beri sangat kite hargai jika terkena batang hidung sendiri 😀

Selama ni sy memang syukur sgt Jannah dah boleh berak dengan mudah dgn MealShake Shaklee. Sehingga kan bila Jannah berak hari-hari dengan najis yg cantik (tak keras), sy terus akan berkata dlm hati "baguslah MealShake ni. Memang berkesan. Tak sia-sia aku beli", tanpa sy ucapkan syukur (yelah, sy akui, sy terlupe !! 😂)

Walaupun sy tau dan sedar yg Allah yg bagi izin. Bukan kuasa Shaklee pun. Tapi sebab Allah nak sy belajar, maka terjadilah peristiwa ini - 4 hari lepas.....


Jannah dah 2 hari tak berak. Dia asyik meneran tapi taiknya tak keluar. Sy pun berkata dalam hati "ish, aku dah letak MealShake. Kenapa tak berak- berak?"


Tiba-tiba nak masuk hari ke-3, baru sy sedar silap sy yg lupe nak bergantung 100% pd Allah, bukan MealShake !! Sy pun beristighfar, minta Allah ampunkan silap sy. Malam tu, mase sy nak tambahkan MealShake dlm susu Jannah, sy sebut dalam hati, "Ya Allah, moga2 kau mudahkan Jannah berak dengan menggunakan Shaklee". Esoknya, malam tu jg pukul 5.30 pagi, Jannah kejut sy bagitau die berak. Alhamdulillah...masa sy nak bersihkan Jannah, sy minta Jannah cakap alhamdulillah. Jannah cakap tapi pelat. Haha..

Jannah yg disayangi


See...Allah nak bagi kita pengajaran, Allah akan bagi ujian pd kita. Supaya kitaMealShake insaf, dan belajar.

Lepas kejadian tu, setiap kali sy letak MealShake dalam susu Jannah, sy akan minta tolong Allah ☺ !!

Mealshake terbaik !!

MealShake sangat membantu anak sy untuk berak dgn mudah...DENGAN IZIN ALLAH.....!! 😀😀

MealShake RM 100 untuk 1 tong. Jimat !! 😀
 


Pm atau whatsapp sy
0183724414

Sunday, September 6, 2015

Irfan Disleksia?

Cikgu Irfan bagitau Ifran malas!
Cikgu Irfan bagitau Irfan tak nak tolong diri sendiri untuk belajar !
Cikgu Irfan bagitau Irfan tak suka berkawan dengan kawan2!
Cikgu Irfan bagitau maybe Irfan disleksia..

Hmmm....sy telan sume tu tapi tak percaye sepenuhnye dan sy juga tidak pula tak percaye..

1) Sy sedar anak sy memang agak malas nak belajar tapi kalau kite pujuk baik2, die akan nak belajar..
Lumrah lah...itu memang norma budak...suka dipujuk..

Tp cikgunye beritahu sy, takkan lah die nak peluk Irfan....

Hai lah cikgu...Irfan tu bulan 10 ni baru nak masuk 5 tahun...bukan 15 tahun!

------------------------------------------------------------------------------------------------

2) Sy tak rasa Irfan yang kecik tu boleh dan mampu utk tolong diri die sendiri utk belajar.. Dia bukan budak yg mumaiz!

Die masih perlu dan lebih memerlukan bantuan orang lain utk die belajar dan berjaya..
Die perlukan semangat, dorongan, pujukan dan kata-kata yang lembut..
Bukannye pukulan, herdikan, perli...dimarah..

Sebab tu setiap hari, Irfan akan cakap tak seronok g sekolah, mama...

-------------------------------------------------------------------------------------------------


3) Sy rase maybe Irfan tak nak berkawan dengan SEGELINTIR kawannye sahaja.. sebab ada antara kawannya suka membuli die...

Irfan ada bagitau sy yg "Ayish cakap nak belasah Irfan"

Ada sekali tu, sy perasan butang baju Irfan terserpih dan tercabut. Bila ditanye, dia akan cakap " Ayish buat"

Sy percaya? Ye..sy memang percaya sebab sy sendiri dah pernah bertemu dgn budak tersebut dan die ternyata agak agresif budaknye..

Tp...sy dan suami sering bawa Irfan ke playground. Irfan selalu cari kawan utk bermain! Die takkan sesekali mengasingkan diri, mcm yg cikgunye bagitau sy!


--------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Sy call Pusat Disleksia Malaysia cawangan Shah Alam. Penaungnye Pn Muliati tak silap sy bagitau ujian disleksia hanya akan diberikan pada budak yang umurnya 56 bulan. Jikalau Irfan hendak diberikan ujian tersebut, katanye, amatlah tidak adil!! Kerana katanya memang norma budak umur 2 hingga 5 tahun bersikap ingin bermain dan malas terutamanya budak lelaki..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sy ambik keputusan untuk memberhentikan Irfan dari taska tersebut.

Sy dapat merasakan cikgunya  dah giveup untuk mengajar Irfan..

Walaupun Irfan lemah dalam mengingati nombor dan abjad, tp sy bersyukur Irfan rajin baca zikir yang dipelajari di taskanya.. Sambil die main, die akan zikir. Sambil die menunggu makanan, dia akan berzikir...

Irfan juga cepat ingat surah2 yang selalu diperdengarkan di sekolah..
Walaupun pelat, tapi bunyinye ada...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap anak ada kelebihan dan kelemahan masing2... Kite juga begitu... Saya hanya inginkan Irfan hepy.. Sebab tu sy tukarkan sekolah Ifran.. Die pun dah tak sabar nak ke sekolah baru...

Irfan yang sy sayangi

Monday, August 10, 2015

Mainan poli

Hari ahad lepas kami beraye di rmh kwn suami..

Punya lah baik suami sy Rahman Bashah, dia selalu menyokong bisnes kwn2 dia...so suami pun belilah set mainan train poli n set mainan poli, yg boleh bertukar dari robot ke kenderaan tu...

Sambil beraya, sambil membeli :)

So anak-anak kami pun bertambahlah sayangnya pd abahnya :)




Friday, August 7, 2015

ESP ialah Non-GMO,terbaik!

Soya ni ada orang cakap tak elok...Sebelum join shaklee, sy beranggapan soya ni tak bagus. Sedangkan.....

Soya Shaklee ni non GMO.

Ape tu???

GMO ialah genetically modified organism ..

Biasanye, nak bg sesuatu produk tu tahan lama, pengusaha akan ubah genetic bahan tersebùt. Maka lahirlah produk yg maybe dah tak baik seperti asalnye...

Sebab tu lh jgn makan / minum soya yg sembarangan...

Tp minum lah soya daripada ESP Shaklee!!
Ianye non GMO.

credit picture to: suplement4us.blogspot.com


Jom beli dgn sy...

Sy blh bg harga best....

Whatsapp sy,
Aida
0183724413

Glycemic Index???

Ramai tak tau..

Makanan terdiri daripada 2 kategori iaitu yang mengandungi indeks glisemik yang rendah (Low Glycemic) dan indeks glisemik yang tinggi (High Glycemic).

Mengambil makanan Low Glycemic akan menjadikan kita berasa kenyang dan bertenaga lebih lama. Ini kerana gula dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah. Sebab tu lebih lama bertenaga dan kenyang.



ESP Shaklee punye glycemic index ialah 39!!! :D

Wednesday, August 5, 2015

Kotornya lantai rumah...

Kotornya.....😯

Sejak khamis minggu lalu hingga hari ahad, saya demam dan sakit kepala..

Saya langsung tak sapu rumah. Mengemop, lagi haram tak buat...Urusan anak2 pun, banyak yang suami tolong uruskan...

Hari isnin, sy dah sihat dan sy rasa rimas tengok lantai tak licin..Mana taknye, anak2 saya suka renjis2 susu.😂😂


So sy gunakan pencuci lantai Harimau Kuat bersama2 Pencuci Basic H Shaklee..
Alhamdulillah, cepat je saya mop. Tekan sikit mop tu dengan kaki, dah hilang...bekas2 susu tu...

Inilah dia teman setia kegemaran saya, BASIC H dari Shaklee


Sy tak payah spend masa yg lama utk mop sekarang...


Masa dapat dijimatkan...Hati pun gembira tengok lantai bersih berkilat....

Kaum wanita yg buat keje kat rumah tu, anda wajib beli tau...Ianya pekat sgt. Cume tambahkan setengah penutup kecik tu dalam baldi dan kesannye....mavelllessss gitu

Sy pernah terlebih letak Basic H ni..Sy letak 1 penutup dan buihnye....banyak betul!!sampai sy susah nak mop 😃😃

Jom...sy jual harga kasih mesra, harga sedekah...

1 botol hanya RM48 sahaja...excluding pos...

Pm/whatsapp sy
Aida
018- 372- 4414

Wednesday, July 29, 2015

Urkkkk!!! Jannah sembelit!

"Mama, kenapa dengan Jannah tu Mama?" tanya Irfaan.

Saya menoleh sekilas ke aras Jannah yg sedang cuba utk poo poo (Jannah masih pakai diaper, walau umur dia sudah 3 tahun) lalu menjawab pertanyaan Irfaan,

"Jannah nak 'yak' la Irfaan," balas saya sambil rasa belas terhadap Jannah.

Sejak dulu lagi anak saya, Jannah, bila nak poo poo,mesti dia akan menangis. Kesian sangat. Jannah ada masalah sembelit. Kadang-kadang sampai berjam-jam mukanya berkerut-kerut cuba meneran sambil merengek menangis, akhirnya tertidur dlm kesakitan tak dapat poo poo. Tersentuh hati saya sebagai seorang ibu. Saya bahkan pernah ke klinik utk cuba ikhtiar mencari penyelesaian masalah sembelit Jannah ini. Uiiii kemain mahal susu yg dicadangkan doktor. Tapi, demi anak, duit tinggal berapa kerat pun, saya beli juga utk kebaikan dan kesihatan anak.

Asalkan Jannah tak sakit lagi dah, fikir saya.

Tapi hampa. Susu mahal biiznillah tetap tak berkesan utk Jannah.

Jannah masih kecil waktu ini. Tepi sekali, adik saya Yana, pemilik blog Sarah Al-Haura'. Waktu ni dia masih belum kahwin.

Inilah Meal Shake dari Shaklee yg biiznillah berkesan
mengatasi masalah sembelit Jannah
dan biiznillah membuatkan Jannah poo poo setiap hari sekarang.



Setelah saya cuba ikhtiar dgn Meal Shake dari Shaklee, biiznillah berkesan alhamdulillah. Sekarang ni Jannah sudah tidak mengalami masalah sembelit lagi. Kisah Jannah ini ada saya kongsikan di FB saya di sini dan sini

"...Ballighu 'anni walau aayah..." [HR Sahih Bukhari]
...sampaikanlah dariku (Rasulullah) walau 1 ayat...

Ini yg menjadi inspirasi saya utk terus berkongsi manfaat atau ibrah (pengajaran) yg saya dapat dari hidup ini, kepada anda semua.



First posting

Alhamdulillah, sangat bersyukur pada Allah. Ini adalah posting pertama saya. Saya rasa mungkin lebih selesa utk bercerita hal peribadi di sini dengan lebih detail, berbanding, ya, berbanding FB.

Moga Allah rahmati keputusan-keputusan yg kita ambil, setelah kita bertanyakan Dia, aamiin yaMujib.